YAYASAN TA'LIM: SYURGA ILMU BUAT WARGA IBU KOTA



Datang ke pusat pengajian Islam Yayasan Ta'lim bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang sudah lama meneguk ilmu di sini, bermula dari kelas pengajian Al-Quran pada waktu pagi sehinggalah dalam semua bidang dan lapangan ilmu agama ditawarkan di Darul Ta'lim dan Yayasan Ta'lim membuatkan hati sesiapa yang menjejakkan kaki di sini akan menjadi tenang dan tenteram.


Bagi mereka yang pertama kali datang menjejakkan kaki di sini mungkin agak hairan bagaimana pusat pengajian Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam yang dikelilingi dengan pub dan bar ini boleh wujud ditengah-tengah hiruk pikuk kesibukan dunia di tengah-tengah bandar?. Jawapannya itulah kurniaan Allah yang Dia berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


Boleh dikatakan 80 peratus kelas pengajian di Yayasan Ta'lim ini adalah percuma, walaupun dengan bidang ilmu yang pelbagai, di sini anda boleh mempelajari Al-Quran dan segala ilmu yang berkaitan dengannya seperti tafsir, akidah, hadith, fiqh dan tazkiyah an-nafs serta banyak lagi tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Guru-guru dan tenaga pengajar di sini juga sangat baik dan berkelayakan dalam bidang masing-masing. Yang membuatkan tempat ini berbeza dengan tempat yang lain adalah pengajian di sini menekankan metodologi pengambilan Ilmu berdasarkan dalil yang sahih dari Al-Quran, Al-Sunnah dan kefahaman para Sahabat Nabi juga Salafussoleh.


Antara program yang ditawarkan di Yayasan Ta'lim adalah seperti:

  1. Pengajian Umum

Pengajian umum ini yang paling menarik kerana ia ditawarkan secara percuma dan terbuka untuk setiap lapisan masyarakat dengan kelas pengajian berjalan setiap hari bermula hari Selasa hinggalah Ahad. Tidak berlebihan jika saya katakan ia boleh diibaratkan seperti "PESTA ILMU" atau "SYURGA ILMU" buat pencinta Ilmu dan kebaikan kerana ia meliputi seluruh bidang ilmu dalam Islam.


  1. Pengajian Bahasa Arab 

Apabila disebut pengajian Islam maka ia tak mungkin dapat dipisahkan dengan bahasa arab, kerana ia merupakan bahasa utama rujukan dalam Islam. Bagi mereka yang ingin mendalami Islam maka tidak dapat tidak mesti mempelajari bahasa arab. 


  1. Pengajian Jangka Pendek Bermodul

Untuk program ini juga sangat menarik kerana ia menawarkan subjek pengajian islam yang bermodul dan bertahap. Subjek Akidah, Hadith, Fiqh, Tafsir dan Tazkiyah An-Nafs disusun mengikut tahap pelajar, jadi anda tidak perlu risau tertinggal kereta api jika anda sudah menyertai pengajian ini.


  1. Diploma Pengajian Islam Yayasan Ta'lim (DPIYT) dan Diploma In Islamic Studies (DISYT) ( Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu )


Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan program DPIYT dan DISYT ini adalah produk Flagship bagi Yayasan Ta'lim. Program diploma yang ditawarkan setiap hujung minggu ini sangat membantu golongan yang sibuk bekerja untuk tidak ketinggalan mempelajari ilmu agama dengan lebih serius. Subjek-subjek yang ditawarkan juga sangat menepati keperluan semasa dunia Islam hari ini, subjek seperti Perbandingan Agama (Comparative Religion), Firaq (Deviant Sect), Usul Dakwah, Usul Fiqh, Akidah, Manhaj, Fiqh, Faraidh dan banyak lagi, apa pun Program DPIYT ini walhamdulillah telah masuk pengambilan kali yang kedua, insyaAllah sama-sama kita tunggu pengunguman rasmi untuk pengambilan baru akan datang oleh pihak pengurusan Yayasan Ta'lim.


Sebenarnya banyak lagi program yang ditawarkan di Yayasan Ta'lim ini anda boleh datang sendiri dan bertanyakan pada pihak pengurusan kerana kata pepatah ada menyebut:


ليس من ذاق كمن سمع 


" Tak sama antara orang yang sudah merasai dengan orang yang hanya mendengar "


Untuk berkongsi pahala dalam menyebarkan ilmu dan kebaikan anda boleh hubungi Yayasan Ta'lim, bagi yang ingin menyalurkan bantuan dan infaq boleh juga hubungi pihak Yayasan Ta'lim pada alamat dan no telefon yang tertera dalam blog ini: http://yayasantaalim.blogspot.com/p/jadual.html?m=1



Semoga apa yang dikongsi ini dapat menjadi amal jariah buat kita semua.



Wallahu'alam.




Attachment.png

Comments