PESAN SEORANG GURU



Antara pesan dan nasihat berharga dari guruku di Madinah,  Syeikh  Soleh bin Abdillah bin Hamad Al-'Usomi-hafizahullah- :


إذا التبست عليكم الجادة فانظروا إلى من سبق....فلا تجعل حاكما عليك إنسانا معاصرا،واجعل الذي يحكم عليك طريقة ما مضى،ومن وجد ما وصى السلف وجدهم يوصون بالاقتداء بالأوائل لأنه لا تخشى عليهم   الفتنة وقد مضوا إلى ربهم سبحانه وتعالى وأما المتأخرون الأحياء يعرض لهم من التغير والتحير والتردد ما يعرض بسبب ما يطيف بهم من محبة الدنيا أو الشهرة أو رؤية حظ النفس أو محبة أن يكون له في العلم والدين مقام فتأتي منه مقالات تضر بطالب وهو لا يشعر،فإذا شككت في شيء من الطريق فانظر إلى جادة من سبق فخذ بها فإنها أسلم لك...


"Jika kamu mendapati kesamaran dalam menempuh jalan (menuntut ilmu) maka lihatlah mereka yang terdahulu (salaf)..janganlah engkau jadikan individu mu'asir (yang masih hidup) sebagai pemutus bagimu(dalam setiap isu), jadikanlah yang memutuskan sesuatu (kesamaran) untukmu jalan orang yang terdahulu (Salaf), sesiapa yang mendapati apa yang sering diwasiatkan Salaf, mereka mewasiatkan agar mengikuti (jalan) golongan terawal kerana mereka sudah tidak dibimbangi akan tertimpa fitnah(hidup) disebabkan mereka sudah pergi bertemu Tuhan mereka Subhanahu wa Ta'ala, adapun golongan mutaakhirun(terkemudian) yang masih hidup mereka masih terdedah dengan sikap berubah-ubah (dalam pegangan), kehairanan, ragu-ragu disebabkan oleh apa yang mengelilingi mereka (berupa fitnah hidup) seperi cintakan dunia atau populariti atau ada kepentingan diri, atau cintakan kedudukan (gelaran) dalam ilmu dan agama maka hal itu menyebabkan datang dari mereka kata-kata (atau pendapat) yang boleh memudaratkan penuntut ilmu dalam keadaan dia tidak menyedarinya, jika engkau ragu-ragu dalam sesuatu urusan dalam(menempuh) jalan(menuntut ilmu) ini maka lihatlah jalan mereka yang telah pergi (Salaf) dan berpeganglah dengannya kerana ia lebih selamat buatmu.."


[ Catatan ketika Pengajian Daurah Muhimmat Al-'Ilm, Syarah Kitab Nukhbah Al-Fikar Ibnu Hajar di Masjid Nabawi tahun 1433 H ]


Berdoalah semoga Allah sentiasa memberi taufiqNya dan tasdid kepada diri kita dan guru-guru kita semua untuk istiqamah di atas jalan Salafussoleh.


MFAZ

11 Ramadhan 1440H/16 Mei 2019

Comments