LALAT


Kita sering merasa terganggu dengan kehadiran lalat,terutama apabila ia menghinggapi makanan dan minuman atau wajah dan tubuh badan kita.

Tahukah kita Allah Ta'ala telah membuat satu misal perbandingan berkenaan binatang kecil ini dalam kitabNya?

Allah Ta'ala berfirman:

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﺿُﺮِﺏَ ﻣَﺜَﻞٌ ﻓَﺎﺳْﺘَﻤِﻌُﻮﺍ ﻟَﻪُ ۚ ﺇِﻥَّ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺗَﺪْﻋُﻮﻥَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭﻥِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻟَﻦْ ﻳَﺨْﻠُﻘُﻮﺍ ﺫُﺑَﺎﺑًﺎ ﻭَﻟَﻮِ ﺍﺟْﺘَﻤَﻌُﻮﺍ ﻟَﻪُ ۖ ﻭَﺇِﻥْ ﻳَﺴْﻠُﺒْﻬُﻢُ ﺍﻟﺬُّﺑَﺎﺏُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻻَ ﻳَﺴْﺘَﻨْﻘِﺬُﻭﻩُ ﻣِﻨْﻪُ ۚ ﺿَﻌُﻒَ ﺍﻟﻂَّﺎﻟِﺐُ ﻭَﺍﻟْﻤَﻂْﻠُﻮﺏُ

Wahai umat manusia, inilah diberikan SATU MISAL PERBANDINGAN, maka DENGARLAH mengenainya dengan bersungguh-sungguh. 

Sebenarnya MEREKA YANG KAMU SERU DAN SEMBAH,  SELAIN DARI ALLAH itu, TIDAK SEKALI-KALI akan dapat MENCIPTA SEEKOR LALAT PUN, walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), LEMAH YANG MEMINTA(dari mendapat hajatnya), dan LEMAH YANG DIMINTA (daripada menunaikannya).

[ Al-Hajj:73 ]

Imam Al-Si'di rahimahullah berkata:

Ini merupakan misal perbandingan yang Allah sebutkan untuk menjelaskan BURUKNYA PERBUATAN MENYEMBAH BERHALA, dan penjelasan betapa CETEKNYA AKAL-AKAL SESIAPA YANG MENYEMBAHNYA dan betapa LEMAHNYA mereka semua...Ucapan ini ditujukan kepada ORANG BERIMAN dan ORANG-ORANG KAFIR, bagi orang beriman ianya menambahkan Ilmu(iman)dan Basirah(keyakinan), bagi Orang-orang kafir ianya menjadi HUJJAH ke atas mereka....Dan(Sembahan ini) ianya MELIPUTI KESEMUA YANG DISERU SELAIN ALLAH. Mereka tidak mampu Mencipta Lalat yang merupakan SEHINA-HINA DAN SELEMAH-LEMAH makhluk, mereka lemah dan tidak berkuasa mencipta makhluk ini apatah lagi yang lebih dari itu lebih utama(mereka tidak mampu)

[ Taysir Al-Karim Ar-Rahman hlm 635 ]

Mohonlah dan berdoalah hanya pada Allah YANg MAHA KUAT LAGI MAHA PERKASA, janganlah memohon kepada selain Allah kerana kita dan kesemua mereka adalah makhluk yang fakir lagi lemah dan hina.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengesakanNya dalam Ibadah.

MFAZ

Comments